Sabtu, 26 Februari 2011

Teka-teki SanG Hujjatul Islam (Imam Al- Ghozali)

Teka-teki Imam Al-
Ghazali
oranges matahari domaining posted
Suatu hari, Imam Al-Ghazali
berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ‘ Apakah yang
paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?
Murid 1 = ‘
Orang
tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan
itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu
janji Allah bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati ( Surah
Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling
jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘
Matahari

Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban
itu benar. Tetapi yang paling benar

adalah
MASA LALU. Bagaimanapun
kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke
masa yang lalu. Oleh sebab itu kita
harus menjaga hari ini, hari esok dan
hari-hari yang
akan datang
dengan
perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama’.
Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling
besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban
itu benar, tapi yang besar sekali
adalah HAWA NAFSU (Surah Al
A’raf: 179). Maka kita harus hati-
hati dengan nafsu kita, jangan
sampai nafsu kita membawa ke
neraka.’
IMAM GHAZALI’ Apa yang paling
berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab :
72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta
mereka menjadi khalifah pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke
neraka kerana gagal memegang
amanah.’
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling
ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban
kamu itu benar, tapi yang paling
ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara
pekerjaan kita atau urusan dunia,
kita tinggalkan solat ‘
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling
tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak
menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi
yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana
melalui lidah, manusia dengan
mudahnya menyakiti hati prasaan saudaranya sendiri